Tawaran lain yang tidak meneruskan Pembidaan Sukan Olimpik Musim Panas 2032

Pada 27 November 2020, Biro Sukan Provinsi Sichuan mengesahkan bahawa Chengdu dan Chongqing mempunyai niat untuk membida Sukan Olimpik Musim Panas 2032. [40] Chengdu pernah menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2007 dan Sukan Polis dan Bomba Dunia 2019, [41] [42] dan akan menjadi tuan rumah Sukan Universiti Musim Panas 2021 dan Sukan Dunia 2025. [43] [44]Pihak berkuasa Shanghai telah mengesahkan bahawa mereka telah memulakan kajian kebolehlaksanaan untuk mengadakan Sukan Olimpik 2032 tetapi mengatakan bahawa mereka belum menentukan sama ada mereka akan membida. Sejak Beijing menjadi tuan rumah Olimpik pada tahun 2008, terdapat spekulasi yang semakin meningkat bahawa Shanghai akan berusaha untuk menjadi bandaraya China yang kedua untuk menganjur Sukan Olimpik ataupun menganjurkan Olimpik bersama dengan bandaraya Hangzhou, Zhejiang. [45]

Eropah

Pada 8 Jun 2020, Naib Presiden Jawatankuasa Olimpik Turki (TNOC) Hazan Arat mengatakan bahawa "Istanbul harus menjadi salah satu calon tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas 2032." Istanbul pernah membida tetapi tidak berjaya untuk menganjurkan Sukan Olimpik 2000, Sukan Olimpik 2008, dan Sukan Olimpik 2020, masing-masing dikalahkan oleh Sydney, Beijing dan Tokyo. [46]Pada bulan September 2019, Dario Nardella dan Virginio Merola, masing-masing merupakan Datuk Bandar Florence dan Bologna, menyatakan minat mereka untuk membida Sukan Olimpik Musim Panas 2032. [47] Ahli majlis bandaraya Bologna, Matteo Lepore, menggambarkan penganjuran Sukan Olimpik sebagai "impian yang boleh kita cita-citakan dan capai". [48] Baik Bologna mahupun Florence tidak pernah membuat bidaan untuk Sukan Olimpik Musim Panas atau Musim Sejuk, tetapi pernah menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 1990 . Kedua-dua bandar ini kekurangan prasarana yang sesuai untuk Sukan Olimpik, jadi bandar-bandar lain mungkin terlibat. Bahagian utara Itali akan menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk 2026 yang akan berlangsung di Milan dan Cortina d'Ampezzo . [49]Pada 3 Februari 2020, diumumkan bahawa terdapat perbincangan mengenai kemungkinan pembidaan Sukan Musim Panas 2032 dalam kalangan atlet dan syarikat perniagaan di seluruh Belanda. [50]Pada Februari 2019, Datuk Bandar London Sadiq Khan dan UK Sport menyatakan minat mereka untuk membida Sukan Olimpik 2032 atau 2036. Sadiq menyatakan bahawa Sukan Olimpik 2032 masih dipertimbangkan tetapi Sukan Olimpik 2036 mempunyai kemungkinan yang lebih besar, tetapi beliau tidak memberikan maklumat yang tegas. London pernah menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas pada tahun 1908, 1948, dan 2012 . [51] [52]Pada 27 Januari 2021, Jawatankuasa Olimpik Hungary mengumumkan bahawa mereka akan meneroka kemungkinan bandaraya Budapest membida Sukan Olimpik 2032. [53] Perdana Menteri Hungaria Viktor Orbán mengatakan bahawa beliau "ingin melihat Hungary menjadi tuan rumah Olimpik dalam hayatnya". Jawatankuasa Budapest 2032 akan dipimpin oleh Attila Szalay-Berzeviczy, mantan Presiden Bursa Saham Budapest. Hungary tidak pernah menjadi tuan rumah Olimpik sebelumnya, tetapi pernah cuba membida pada tahun 1916, 1920, 1936, 1944, 1960, dan terakhir pada tahun 2024, yang dianugerahkan kepada Paris . [54] Presiden HOC Krisztián Kulcsár berkata: “Pada tahun 2021, kami sampai ke setahun di mana Jawatankuasa Olimpik Hungaria harus menangani tugas-tugas sebelum pencalonan dan penganjuran Sukan Olimpik 2032. Mereka juga harus menubuhkan pasukan masing-masing agar Jawatankuasa Olimpik Hungaria dapat melakukannya tugasnya dengan betul”. Hungary juga mempunyai pingat Olimpik yang terbanyak dalam kalangan negara yang tidak pernah menjadi tuan rumah Sukan Olimpik. [55]Pada Januari 2021, datuk bandar Salla, Erkki Parkkinen, melancarkan pembidaan untuk menganjur Sukan Olimpik pada tahun 2032 untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap perubahan iklim. Walaupun merupakan kota kecil di Lingkaran Artik, bidaan tersbut dibuat untuk mengirim mesej yang serius kepada dunia mengenai ancaman krisis iklim yang timbul dan betapa pentingnya untuk bertindak dengan cepat. Parkkinen juga menyatakan bahawa 2032 merupakan titik perubahan penting untuk perubahan iklim. [56]

Amerika Utara

Pada 3 Februari 2021, Journal de Montreal melaporkan bahawa Jawatankuasa Olimpik Kanada sedang meneliti kemungkinan bandaraya Montreal dan Toronto membida bersama-sama untuk Sukan Olimpik Musim Panas 2032 atau 2036. [57] Tempat yang boleh digunakan untuk menganjur temasya sukan tersebut termasuklah stadium yang digunakan semasa Sukan Olimpik Musim Panas 1976 di Montreal, dan Sukan Pan Amerika 2015 di Toronto. [58]

Rujukan

WikiPedia: Pembidaan Sukan Olimpik Musim Panas 2032 http://www.india.com/sports/mumbai-likely-to-host-... http://www.sportspromedia.com/news/germany-reveals... http://stadiumdb.com/news/2020/02/cologne_olympics... http://www.rtve.es/noticias/20190617/martinez-alme... http://pib.gov.in/Pressreleaseshare.aspx?PRID=1700... //www.worldcat.org/issn/0261-3077 //www.worldcat.org/issn/0307-1235 //www.worldcat.org/issn/0447-5763 https://7news.com.au/sport/olympics/queensland-in-... https://www.9news.com.au/2019/02/21/18/04/queensla...